“Hai !” tersentak Aliff apabila dia disapa oleh seorang gadis yang tidak pernah berhenti mengerjanya ke mana sahaja .
“Saya sibuk!” tegas Aliff sengaja tidak mahu diganggu.
“Saya tahu. Kalau awak tak sibuk pun awak akan buat-buat sibuk”, usik Anna si gadis manis yang selalu menggangu aliff.
Aliff
diam dan terus menyambung menyiapkan tugasan kelas. Anna pula asyik
tersenyum menongkat dagu merenung wajah pemuda yang berjaya mambuat dia
begitu bahagia.
“Awak tak faham bahasa eh!” marah Aliff.
“Faham “. Sengih Anna masih setia tersenyum.
“Kalau faham buat apa awak tunggu kat sini lagi? Buatlah kerja awak,” marah Aliff lagi.
“Saya tengah buat kerja sayalah ni,” jawab Anna. Di angkat-angkat keningnya sengaja memberi jengkel di mata Aliff.
“ Kerja apa? Kerja buat saya marah?” balas aliff
“Tengok
awaklah. Kerja ni je yang saya ada untuk hari ni,” selamba Anna
menyakat sambil menyimpul senyuman. Berani sungguh Anna untuk mencuba
mendekati jejeka yang diminatinya.
“Gila!” rungut Aliff seraya mengemas buku yang berselerakan di atas meja dan berlalu meninggalkan perpustakaan.
“Elehh…sombong,”
dengus Anna sendiri. Senyumnya dileret semanis mungkin kerana berjaya
membuat seseorang rasa tercabar dengannya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“Kau
boleh tak cari balak lain, dia tak layan kaulah wei. Kau tak penat ke
nak kejar dia memanjang?” bebel Haryati rakan sebiliknya merangkap kawan
baiknya.
“Tak! Dia sweet dan selalu buat saya happy,” Anna masih dengan jawapan yang sama setiap kali ditegur.
“Sweet! Sweet! Apa yang sweet sangat agaknya. Aku tak fahamlah denagn kau ni,” rungut Haryati yang lebih selesa disapa Yatt oleh Anna.
“Awak memang tak akan faham. Sebab itulah saya tak minta awak faham,”sengih Anna.
“Apa-apa
jelah!” tambah Yatt geram. Dia kasihan melihat sahabatnya menagih kasih
yang belum pasti Yatt kemudian mencapai taual mandi dan meninggalkan
Anna sendirian .
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“Hensem
sangat ke aku ni sampai dia gila kat aku macam tu sekali,” Aliff
tersenyum mengingati kelakuan Anna. Cerita Anna mengerjanya menjadi buah
mulut orang ramai sehingga kadang-kadang dia pelik kerana tiada seorang
pun yang berani mengutuk cara Anna.
“Mungkin aku kolot agaknya,” getus Aliff.
“Nah!” sengaja dicampak Fariz kiriman seseorang untuk teman baiknya itu.
“Apa ni?” Tanya Aliff terperanjat
“Jeruk,” peril Fariz .
“Untuk aku?” Tanya Aliff was-was.
“Yelah! Nak buat apa aku bagi kau kalau benda tu untuk aku,” geram Fariz menutur.
Aliff mengerut dahi tanda pelik terhadap kotak tersebut.
“Fariz, memang barabg aku ke? Mana tahu untuk budak sebalah ke,” soal Aliff tidak puas hati.
“Bro, benda tu dalam locker luar bilik kita, locker bilik sebelah kosong. Janganlah banyak bunyi, buka jelah dude!” arah Fariz.
“Aku tak sedap hatilah nak terima benda ni. Aku bukan tahu pun daripada siapa,”ungkap Aliff.
“Ya Allah. Wei, mana kau nak tahu siapa bagi kalau kau tak buka!” kutuk Fariz.
Aliff tersentak diperli dan akhirnya perlahan-lahan dia membuka tali kotak tersebut.
“Member aku ni!” ejek Fariz menyakat Aliff.
“Diamlah kau!” Aliff membaling bantal tepat muka Fariz.
“Tengok!” Fariz merampas.
“Sibuklah kau ni!” ujar Alif sambil merampas kembali kad tersebut.
“Berlagak!” kutuk Fariz seraya menutup pintu bilik.
Kad
berbentuk ‘S’ berwarna ungu itu benar-benar memberi senyuman yang tidak
pernah Aliff ukirkan sebelum ini, perlahan dia membace isi kad
tersebut.
“Saya selalu simpan nama awak di dalam hati saya.”
Ringkas namun amat mendalam maksud ucapan itu. Alif pelik memikirkan siapakah gerangan pengirim ucapan tersebut.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Begitulah rutin seharian Anna yang tidak pernah bosan mengekori Aliff.
“Awak
ni tak malu ke ha? Awak tengok student perempuan yang lain ada ke main
kejar-kejar dengan student lalaki? Malulah sikit!” ujar Aliff menahan
geram.
“Sebab tak adalah saya buat,” jawab Anna tidak pernah jemu.
“Saya betul-betul tak faham dengan awak ni,”sambung Aliff lagi.
“Takpe, saya tak harap awak faham pun,” sengih Anna.
“Huh!”
rungut Aliff meneruskan jalannya menuju ke makmal komputer. Namun sudah
dijangkakan, Anna masih setia mengekori sehingga memaksa Aliff
memberhentikan langkahnya.
“Kenapa? Awak tak jadi pergi computer lab ke?” peril Anna.
“Jadi, tapi lepas awak pergi,” balas Aliff sinis.
“Kalau saya tak pergi?” Anna menjawab lembut.
Aliff menjeling benci sebelum menbalas kata gadis itu.
“Awak berdirilah kat sini berapa lama yang awak suka, tapi jangan ikut saya! Saya warning awak, saya tak suka cara awak!”
Aliff
benar-benar marah memberi amaran dan meneruskan langkahnya meninggalkan
Anna. Setiba di bilik, dihempasnya pintu itu sekuat mungkin.
Kemarahannya tiba-tiba reda apabila terlihat sebuah kotak di atas meja
belajarnya.
“Awak sentiasa ada di dalam setiap hela nafas saya.”
Aliff membaca ayat yang tertera di dalam kad berhuruf ‘A’. warna ungu masih dikekalkan seperti tahu itu warna kegemarannya.
“Angau!!!” pekik Fariz tiba-tiba.
Aliff hanya terdiam dan segera menyimpan kad itu di lacinya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“You are everything, I waited for.”
Kad
berhuruf ‘Y’ kali ini terus memberi senyuman yang tidak henti buat
Aliff. Setiap hari dia akan menjadi penunggu kad-kad tersebut tanpa
mengetahui siapakah pengirimnya. Hati Aliff asyik dibuai dengan
ayat-ayat tersebut.
“Cantik kad. Siapa bagi?” sergah Anna.
Aliff sengaja membalas jeling. Pantas disembunyikan kad itu di dalam begnya.
“Sombong awak ni, maaflah fasal hari itu,” tutur Anna sambil berdiri berhadapan Aliff.
“Awak tak penat ke?” Aliff cuba berlembut kali ini.
“Tak!!!”perlahan Anna .
Aliff berkerut pelik.
“Awak pergilah ikut student lain. Saya penatlah hari-hari marah awak,” ujar Aliff lagi.
“Tak naklah! Digeleng kepalanya dengan senyuman manis.
Aliff hanya menunuduk menahan geram apabila mendengar jawapan Anna.
“Boleh
tak sekali je dalam hidup saya, awak bagi saya peluang berbual dengan
awak? Sekejap pun takpe sebab ia amat bermakna dan lepas ni saya janji
saya takkan ganggu hidup awak lagi walaupun untuk sesaat,” Anna perlahan
meminta.
Aliff terkedu dengan permintaan tersebut dan mengangguk perlahan.
“Terima kasih,” terseyum Anna mendapatkan duduknya.
“Kenapa awak benci saya ek? “ Anna memulakan perbualan mereka.
“Saya tak cakap pun saya bencikan awak dan saya tak pernah benci orang,” balas Aliff.
“Memang
awak tak bencikan sesiapa, tapi awak bencikan saya seorang , kan? Tapi
takpe , saya tak kisah. Saya mintak maaf kalau selama ni saya buat awak
menyampah dan rasa sakit hati. Saya mengaku saya sengaja buat macam tu
sebab saya nak kenal rapat dengan awak,” tambah Anna menyuarakan
rasanya.
“Beraninya
awak mengaku macam ni,” terkejut Aliff mendengar. Terasa dirinya
pengecut apabila dihadapkan dengan seorang gadis yang begitu berani
meluahkan perasaannya kepada seorang lelaki.
“Sebab
saya ikhlas, walaupun saya tahu keikhlasan seseorang itu boleh diukur
dengan kata-kata,” Anna semakin yakin dengan tindakannya.
Aliff tersenyum dan buat pertama kalinya dia bersetuju dengan jawapan gadis itu.
“Awak suka saya?” soal Aliff.
Anna tersipu malu sebelum menjawab.
“Akhirnya awak nampak ,kan. Saya cuba untuk disayangi dan saya nampak awak dalam hati saya. Saya nak
rasa disayangi dan menyayangi seseorang. Sebab tu saya cuba cari
seseorang yang boleh menjadi kajian saya,” sambung Anna jujur membuatkan
Aliff tersentak.
“Bunyi
macam kejam tapi saya tak sangka perasaan tu semakin lama semakin
mendalam. Saya rasa saya tak boleh buang perasan tu dan saya sedar
perasaan saya pada awak lebih daripada segalanya,” tambah Anna lagi.
Aliff berpura-pura mendengar dan berdiam tanpa mencelah walau sepatah.
Anna seakan faham ketidakselesaan Aliff dan bangun dari tempat duduknya.
“Terima
kasih untuk peluang yang awak bagi. Saya janji tak akan wujud dalam
hidup awal lagi kecuali perasaan untuk menyayangi awak,” tutur Anna
penuh bermakna. Aliff tersentak lagi, dirinya bagai hambat sesuatu.
“Anna!” panggil aliff seraya menghentikan langkah gadis itu.
“Percayalah,
ada seseorang yang akan menghargai diri awak walaupun orang itu bukan
saya sebab awak berhak untuk disayangi dan dihargai.” Aliff memujuk sayu
Anna .
“Terima kasih,” ucap Anna tersenyum unyuk kesekian kalinya dan berlalu pergi.
Aliff
bagai tidak merelakan pemergian itu, namun dia hanya membiarkannya.
Luahan kata kad ‘A’ hari ini benar-benar membuat Aliff rasa wujudnya
sebuah perasaan sayang terhadap pengirim tersebut.
“awak buat saya rasa dihargai. Terima kasih.”
Aliff
seperti pernah mendengar ayat tersebut. Aliff cuba mngagak dan meneka,
namun bukan mudah untuk mencari pemiliknya. Aliff pasrah menungu
sehingga kad itu tersusun huruf-hurufnya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Kehilangan
Anna benar-benar mengganggu hari-hari Aliff. Hari-harinya sunyi tanpa
mendengar suara gadis itu. Aliff duduk sendirian di bangku batu yang
menjadi tempat terakhir dia dan Anna berbual panjang. Terngiang di
telinganya setiap tutur lembut yang dibicarakan oleh Anna. Entah kenapa
tiba-tiba dia merasa rindu kepada gadis tersebut.
“Anna mana?” Tanya Aliff kepada Yatt.
“Kau kan tak suka dia. Apasal kau cari dia pulak! “sinis Yatt berbicara. Nampak marah gadis tomboy itu membela rakannya. Yatt berlalu tanpa menjawab soalannya.
“no one can replace you in my heart…isya-allah.”
Bait-bait
ayat dari kad yang kelima berhuruf ‘N’ yang diterima Aliff berjaya
mengubati resahnya selepas dia binggung mencari jawapan ‘kehilangan’
Anna. Aliff tidak sabar menanti kad yang seterusnya yang mungkin akan
menjawab setiap persoalan misteri kad tersebut.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aliff
semakin biggung mencari jawapan pengirim kad-kad misteri yang
diterimanya itu. Dia resah kerana lebih tiga minggu berlalu tetapi kad
yang seterusnya tidak diterimanya lagi. Hampir setiap hari pintu locker
dibukanya sehingga diperli oleh rakan-rakannya.
“Fariz, kau tahu tak siapa yang bagi aku kad-kad ni?” soal Aliff kepada Fariz tiba-tiba.
“Gila aku tahu, memang taklah! Nama pun secret admirer bro, takkan dia nak mengaku,” jawab Fariz seraya mematikan tanda tanya Aliff.
Keesokan
paginya, aliff sengaja lewat hadir ke kuliah kerana masih memikirkan
tentang kad dan misteri kehilangan Anna. Aliff membuka lockernya tanpa
rasa teruja tidak seperti sebelumnya. Dia terkejut dengan kehadiran
sebuah kotak yang sedikit besar dari kebiasaa yang.diterimanya. Aliff
berdebar membuka dan akhirnya tekaanya tepat. Kad berhuruf ‘G’ kali ini
menjawab sebuah perkataan yang disusun kemas oleh pengirimnya.
“S.A.Y.A.N.G”
Aliff tersenyum sebelum membace isi kad berhuruf ‘G’ itu.
“ get bored? I’m sorry for that.”
Dia membaca lagi baris ayat yang seterusnya…
“Saya
minta maaf kerana buat awak bosan melayan kad-kad saya dan maafkan
setiap perbuatan saya yang yang menyebabkan awak kurang senang. Saya
ikhlas sayangkan awak dan keikhlasan ini tidak mampu diukur dengan
tulisan ini tidak mampu diukur dengan tulisan mahupun kata-kata. Saya
suka ikut awak sebab saya suka awak marah saya waktu tu saya rasa
betul-betul dihargai dan terima kasih kerana membuat saya rasa diri ini
layak untuk disayangi seseorang.”
Aliff terkesima membaca ayat tersebut. Persoalannya mula terjawab dengan sendiri.
” Adakah Anna yang selama ini menjadi pengirim kad tersebut,” sayu Aliff memikirnya.
Dibukanya sebuah kotak kecil di dalam kotak besar tersebut. Tersusun gambar-gambarnya yang diambil oleh Anna tanpa disedarinya.
“Terima
kasih untuk kenangan ini, saya kembalikan semula hak awak selepas saya
puas berkongsinya tanpa pengetahuan awak. Maafkan saya.” Anna menulis di
dalam sekeping kad menyertai gambar-gambar itu. Aliff semakin terharu
dengan keikhlasan hati Anna terhadapnya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“Anna mana Yatt?” Tanya Aliff mengejutkan Yatt di kafe. Yatt diam tidak membalas.
“Tolong
Yatt! Akuu merayu pada kau, mana Anna? Kalau kau nak aku sujud, aku
buat Yatt. Janji kau beritu aku mana Anna.” Air matanya gugur merayu.
“Hospital”, jawab Yatt menahan sendu.
“Kenapa?” tersentak Aliff mendengar.
Yatt berjalan meninggalkan kafe sebelum menjawab soalan Aliff.
“Yatt! “ panggil Aliff terus mengekor langkah Yatt.
“Anna brain cancer,” jelas Yatt menutur dalam keterpaksaan. Terdiam Aliff dengan sebuah hakikat itu.
“Saya
anak yatim piatu, saya tinggal dengan mak angkat yang tak pernah
sayangkan saya. Bila saya masuk kolej inilah kali pertama sya rasa
disayangi. Awak sayang saya, awak ambil berat pasal saya, terima kasih
Yatt. Sekarang ni saya mula rasa sayangkan seseorang dan saya nak tahu
macam mana rasanya kalau perasaan sayang saya dibalas.” Itulah yang
pernah diberitahu Anna kepada Yatt sebelum mengetahui tentang derita
yang ditanggung sahabatnya itu.
Aliff
terpempam seketika. Barulah dia faham mengapa Anna tidak pernah penat
menghabiskan masanya hanya untuk dimarahi. Rupa-rupanya, dengan cara iti
barulah Anna merasai nikmat dirinya dihargai seseorang kerana hidupnya
selama ini hanya mampu untuk menghargai dan menyayangi orang lain tanpa
dibalas.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“Halalkan
perasaan sayang saya pada awak,” pinta Anna terbaring lemah di atas
katil. Aliff tersenyum mengangguk kepala. Cuba ditahan sepuasnya air
matanya daripada keluar, namun dia belum cukup kuat untuk menafikan
perasaan sedihnya itu.
“Saya suka awak,” tutur Aliff sambil memberi semangat kepada Anna.
Saharian
menemani Anna di hospital memberi sebuah pengalaman yang amat bermakna.
Aliff menemani malam Anna hanya membantalkan lengan dan terasa bahagia
saat ucap kasih daripada Anna diterimanya. Dia pasrah dengan apa yang
berlaku.
Ketentuan
Allah SWT tiada siapa yang dapat menolaknya. Lewat 20 minit memisahkan
mereka keesokan harinya. Aliff meninggalkan Anna yang ditemani Yatt dan
Fariz untuk menunaikan solat Zuhur. Sekembalinya dari solat , dia
menerima gelengan kepala Yatt bersama air mata. Fariz mengusap belakang
Aliff memberi sedikit kekuatan. Perlahan-lahan dia menghampiri gadis
yang mula disayangi itu. Direnung wajah mulus itu sambil ingatinya
melayang mengingati kad-kad ungu yang disimpannya. Semuanya bakal
menjadi satu kenangan setelah cintanya diselubung kemas dengan selimut
putih.
“Cinta tidak pernah minta untuk dibalas, tetapi cukup jika pemilik cinta itu tahu untuk menghargainya”.
1 ulasan:
Post a Comment