Saturday, May 26, 2012

Cinta Itu Menyakitkan =')

Mengapa aku masih sukakan kau pas apa yang kau buat kt aku ??
Walaupun kau kata kt kengkawan kau yang kau hanya permainkan aku,
aku masih tetap setia menunggu cinta kau ?!!kenapa??
Bodo kan aku coz maseh tunggu kau kawan-kawan aku sume kata "wei ,kau tinggal kn je dia uh..dia tu mmg
jantan x guna ..wat pe kau setia ngan dia lagi ??"
aku x de kekuatan untuk menangkis segala-gala yang diperkatakan tentang kau ..!

1 hari tu aku cari  kau .."kite clash jelah"walau berat tuk ucap..aku gagahkan jugak..tak ku sangka tu adalah kali terakhir aku jumpa kau ..
Aku dapat tau yang kau sebenarnya ada kanser otak..bergegas aku pergi ke hospital ..di sana,kau terangkan segala-galanya kat aku..rupa-rupanya kau saja ckp camtu supaye aku saket hati ngan kau ..kau x nk aku sedih tentang penyakit kau ni.."SAYA SENTIASA SAYANGKAN AWAK KERANA ALLAH",itulah kata-kata  terakhir dari kau sebelum kau menghembuskan nafas yang terakhir..

Air mataku mengalir dengan deras seperti air hujan yang turun di tanah perkuburan islam ini ..sepertinya dia turut merasai kesedihan ku ini ..Apakan daya aku x dpt mengubah segala-galanya..takdir Allah x de yang boleh mengubahnya .."AWAK..SAYA DOAKAN AWAK BAIK-BAIK DI SANA YE ..SAYA PON SAYANGKAN AWAK KERANA ALLAH ..TERIMA KASIH COZ MENCINTAI + MENYAYANGI SAYA WALAUPUN TUK SEKETIKA..SAYA BERSYUKUR KERANA DAPAT KASE SAYANG AWAK WALAU SEKEJAP .."





#P/S:ingatlah ..percaya la pd pasangan anda..jng mengkhianati mereka..setiala pada mereka yang setia pada
kita..kerana Allah tahu apa yang baek tok hamba-hambanya..percintaan yang hangat +enak ialah percintaan yang ditambah dengan KEPERCAYAAN + KESETIAAN..ibarat kopi ..kopi yang hangat akan menjadi
sedap apabila ditambah dengan GULA+ KREAMER ..SAYANGILAH PASANGAN ANDA KERANA ALLAH..SEMOGA ALLAH MERAHMATI PERCINTAAN YANG BERLANDASKAN ISLAM INI ..
CINTAILAH RASULULLAH + ALLAH NESCAYA ANDA AKAN DAPAT PERCINTAAN YANG INDAH ...



CONTENGAN :Puteri Aqmar
Dear Earthlings , Thanks read =]

Bila Kita Sayang Orang Tu =]


Bila kita sayang orang tu
Kita terima je apa yang org tu kata
Tapi bila dia kata kita?
Hati kata takpe manusia tak sempurna

Bila kita sayang orang tu
Kita tunggu dia lama pun tak pe
Tapi bila dia tunggu kita???dia marah2
Hati kata ala, adatlah ada yang menunggu dan ditunggu

Bila kita sayang orang tu
Kita tak tido pun tak pe layann dia yang tengah bosan,
Tapi bila kita bosan
Ada dia layan kita?
Hati kate tak pe dia busy kott

Biler kita sayang orang tu
Kita gaduh dengan dia, kita diam je
Tapi dia heboh 1 dunia
Hati kata tak pe, dia tension tuu

Bila kita sayang orang tu
Kita call nak cakap dengan dia
Tapi dia gayut dengan orang lain
Bila jadi cam tu
Hati kata, tak pe, dia ada hal nak cakap dengan kawan dia

Bila kita sayang orang tu
Kita bercerita dengan dia,cerita dengan tunggul lagi baik
Tapi bila dia bercerita dengan kita
Kita dengar, semua kite ingat
Hati kata tak pe sayang katakan…

Bila kita sayang orang tu
Kita dengan dia lapar
Tapi kita bagi semua roti kita kat dia
Hati kata, ala jagalah hati dia, kesian dia….

Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup bagi dia rehat bila dia letih,
Tapi bila kita letih, dia suruh jugak kita layan dia bila dia bosan
Hati kata,bukan selalu pun..

Bila kita sayang orang tu
Kita jadi macam orang gila dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit,
Dia siap kuar dengan kawan2 dia,
Hati kata, ala tak pe,tak kan dia nak berkepit dengan kita 24 jam

Bila kita sayang orang tu
Kita tak pernah pentingkan diri sndri
Tapi dia hipokrit tahap gaban
Hati kata tak pe, dia memang macam tu kena lah terima..

Bila kita sayang orang tu
Kita sayang nak tinggalkan dia selamanya
Tapi dia tak tahu kita berdepan dengan maut,
Walaupun kita sakit,dia kata kat kita,sakit biasa2 je, jangan nak mengada-ngada
Hati kata,macammanalah dia bila kita tak ada, mesti dia gembira.......

 Biler kiter syg org tu
Kiter x snggp tngk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Hati kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Biler kiter syg org tu
Kiter snggup tngglkn dia selaam2nya untk dia bhgia
Tp adkh dia tahu pngrbnn kiter??
Hati kata, x pe, janji dia bhgia

Dan……
Biler kiter dh tngglkn dia selama2nya
Dia dtg ziarah pusara kiterr
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter tnggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x dgrluahan ati kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter klprn sbb dia
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukn skt kiterr
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri
Dia mintak maaf sebab x prnh tngk pnderitaan kiter

NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT…

Dear Earthlings , Thanks read =]

Friday, May 25, 2012

Luahan Si Hati Kecik ! =)

1.Mulut kata AKU BENCI KAU 
2.Hati kata AKU SAYANG KAU 
3.Orang kata LUPAKAN JELAH DIA 

#Kau ingat senang ke nak lupakan orang yang telah  bertahun-tahun kita C I N T A !

Hurmm :\ aku harap aku dapat lupakan kau suatu hari nanti ! Percayalah =')  
Dear Earthlings , Thanks read =]

Luahan Si Kecik ='(

Luahan Si Kecik Rillakuma =)

Hari ni hari terakhir aku berjumpa bersama si dia .Hari ini jugalah hari terakhir aku berborak,ketawa,tersenyum bersama si dia.Tapi,dia x tahu yang aku menangis kerana dia .Kerna aku takut dia kan pargi meninggalkan ku sendiri di sini .

Ya Allah,benarkah dia untukku ? jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku .

#Perasaan di dalam hati

*Woi!! kau nak tahu tak yang aku suka kawan ngan kau.
Sebab kau lah buat hidup aku ceria .Kadang-kadang aku nangis,sedih bila kau tak layan aku.Tapi sayangnya
kau seorang yang pemalu (cough) K.. aku lupa ..Heee ><

Wehh,kalau kau dah pindah nanti jangan lupa kat aku tau ,sebab aku sorang je kawan perempuan yang kau paling rapat .Jangan lupa tau ..tettt...

Air mata aku bergenang dan mengalir dengan perlahan .aku nk halang tapi apakan daya Tuhan yang menentukan segalanya ='(



Contengan oleh Natasya Lazi
Dear Earthlings , Thanks read =]

Saat Dia Pergi Bersama Si Dia :]

Pagi yang cerah didatangi dgn angin yang sayu,
burung berkicawan,oh! tenangnya permikiran..
Ku jenguk di luar kelihatan seakan matahari ingin terbit ..
Aku jenguk ke luar dari kamarku untuk menjengah ibu ada di dapur atau tidak..
Oh ye ,abang dan adik aku sudah bersiap untuk ke sekolah ..
Ayahku awal-awal pagi sudah ke kerja.

Aku terus merebahkan diriku ke atas katil semula,
mengambil telefon bimbitku disebelah dgn 1 pati pesanan tertera di skrin telefon ku.
Lalu ku buka dan membaca dengan lafaz Bismillah..
seakan-akan jantungku berdegup kencang .

"Assalamualaikum =)
      Awak! saya ni, rindu saya x? Cett..gurau ajee..:)
Saya nk beritahu awak ni ! Minggu depan saya duk asrama.Sekejap je kita nak skola en ..saya nk cakap
ni ,saya dah berpunya ..Hee ;) Cun woh awek tu .Hihi ..aku dah minta request kt dia,dia terima .Pehh!
gembira aku siot .Btw lepas ni adalah orang akan kejutkan aku bangun dari tidur xpayah susah-susah suruh kau  lagi en ..Heee k ah weh ! itu aje nk cakap .Aku nk text Gf aku ni..Aku dah bosan nk text ngan kau ah !
Sorry tau .ngeh ngeh. Bye ."

(Peti pesanan itu sampai disitu sahaja )

#Aku harap kau bergembira bersama si dia :'(
air mata aku ku tahan ..tetapi ia mengalir dengan sendiri .
Walaupun kau bukan untuk aku ,tapi aku akan tunggu kau
selagi aku masih bernyawa !Cacilah aku selagi engkau mampu kerana aku x pernah berputus asa untuk dapatkan C I N T A kau ...



Contengan oleh Natasya Lazi & Puteri Aqmar



Dear Earthlings , Thanks read =]

Saturday, May 5, 2012

Cinta Kad Ungu

“Hai !” tersentak Aliff apabila dia disapa oleh seorang gadis yang tidak pernah berhenti mengerjanya ke mana sahaja .
“Saya sibuk!” tegas Aliff sengaja tidak mahu diganggu.
“Saya tahu. Kalau awak tak sibuk pun awak akan buat-buat sibuk”, usik Anna si gadis manis yang selalu menggangu aliff.
Aliff diam dan terus menyambung menyiapkan tugasan kelas. Anna pula asyik tersenyum menongkat dagu merenung wajah pemuda yang berjaya mambuat dia begitu bahagia.
“Awak tak faham bahasa eh!” marah Aliff.
“Faham “. Sengih Anna masih setia tersenyum.
“Kalau faham buat apa awak tunggu kat sini lagi? Buatlah kerja awak,” marah Aliff lagi.
“Saya tengah buat kerja sayalah ni,” jawab Anna. Di angkat-angkat keningnya sengaja memberi jengkel di mata Aliff.
“ Kerja apa? Kerja buat saya marah?” balas aliff
“Tengok awaklah. Kerja ni je yang saya ada untuk hari ni,” selamba Anna menyakat sambil menyimpul senyuman. Berani sungguh Anna untuk mencuba mendekati jejeka yang diminatinya.
“Gila!” rungut Aliff seraya mengemas buku yang berselerakan di atas meja dan berlalu meninggalkan perpustakaan.
“Elehh…sombong,” dengus Anna sendiri. Senyumnya dileret semanis mungkin kerana berjaya membuat seseorang rasa tercabar dengannya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

“Kau boleh tak cari balak lain, dia tak layan kaulah wei. Kau tak penat ke nak kejar dia memanjang?” bebel Haryati rakan sebiliknya merangkap kawan baiknya.
“Tak! Dia sweet dan selalu buat saya happy,” Anna masih dengan jawapan yang sama setiap kali ditegur.
Sweet! Sweet! Apa yang sweet sangat agaknya. Aku tak fahamlah denagn kau ni,” rungut Haryati yang lebih selesa disapa Yatt oleh Anna.
“Awak memang tak akan faham. Sebab itulah saya tak minta awak faham,”sengih Anna.
“Apa-apa jelah!” tambah Yatt geram. Dia kasihan melihat sahabatnya menagih kasih yang belum pasti Yatt kemudian mencapai taual mandi dan meninggalkan Anna sendirian .

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Hensem sangat ke aku ni sampai dia gila kat aku macam tu sekali,” Aliff tersenyum mengingati kelakuan Anna. Cerita Anna mengerjanya menjadi buah mulut orang ramai sehingga kadang-kadang dia pelik kerana tiada seorang pun yang berani mengutuk cara Anna.
“Mungkin aku kolot agaknya,” getus Aliff.
“Nah!” sengaja dicampak Fariz kiriman seseorang untuk teman baiknya itu.
“Apa ni?” Tanya Aliff terperanjat
“Jeruk,” peril Fariz .
“Untuk aku?” Tanya Aliff was-was.
“Yelah! Nak buat apa aku bagi kau kalau benda tu untuk aku,” geram Fariz menutur.
Aliff mengerut dahi tanda pelik terhadap kotak tersebut.
“Fariz, memang barabg aku ke? Mana tahu untuk budak sebalah ke,” soal Aliff tidak puas hati.
“Bro, benda tu dalam locker luar bilik kita,  locker bilik sebelah kosong. Janganlah banyak bunyi, buka jelah dude!” arah Fariz.
“Aku tak sedap hatilah nak terima benda ni. Aku bukan tahu pun daripada siapa,”ungkap Aliff.
“Ya Allah. Wei, mana kau nak tahu siapa bagi kalau kau tak buka!” kutuk Fariz.
Aliff tersentak diperli dan akhirnya perlahan-lahan dia membuka tali kotak tersebut.
“Member aku ni!” ejek Fariz menyakat Aliff.
“Diamlah kau!” Aliff membaling bantal tepat muka Fariz.
“Tengok!” Fariz merampas.
“Sibuklah kau ni!” ujar Alif sambil merampas kembali kad tersebut.
“Berlagak!” kutuk Fariz seraya menutup pintu bilik.
Kad berbentuk ‘S’ berwarna ungu itu benar-benar memberi senyuman yang tidak pernah Aliff ukirkan sebelum ini, perlahan dia membace isi kad tersebut.
“Saya selalu simpan nama awak di dalam hati saya.”
Ringkas namun amat mendalam maksud ucapan itu. Alif pelik memikirkan siapakah gerangan pengirim ucapan tersebut.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Begitulah rutin seharian Anna yang tidak pernah bosan mengekori Aliff.
“Awak ni tak malu ke ha? Awak tengok student perempuan yang lain ada ke main kejar-kejar dengan student lalaki? Malulah sikit!” ujar Aliff menahan geram.
“Sebab tak adalah saya buat,” jawab Anna tidak pernah jemu.
“Saya betul-betul tak faham dengan awak ni,”sambung Aliff lagi.
“Takpe, saya tak harap awak faham pun,” sengih Anna.
“Huh!” rungut Aliff meneruskan jalannya menuju ke makmal komputer. Namun sudah dijangkakan, Anna masih setia mengekori sehingga memaksa Aliff memberhentikan langkahnya.
“Kenapa? Awak tak jadi pergi computer lab ke?” peril Anna.
“Jadi, tapi lepas awak pergi,” balas Aliff sinis.
“Kalau saya tak pergi?” Anna menjawab lembut.
Aliff menjeling benci sebelum menbalas kata gadis itu.
“Awak berdirilah kat sini berapa lama yang awak suka, tapi jangan ikut saya! Saya warning awak, saya tak suka cara awak!”
Aliff benar-benar marah memberi amaran dan meneruskan langkahnya meninggalkan Anna. Setiba di bilik, dihempasnya pintu itu sekuat mungkin. Kemarahannya tiba-tiba reda apabila terlihat sebuah kotak di atas meja belajarnya.
“Awak sentiasa ada di dalam setiap hela nafas saya.”
Aliff membaca ayat yang tertera di dalam kad berhuruf ‘A’. warna ungu masih dikekalkan seperti tahu itu warna kegemarannya.
“Angau!!!” pekik Fariz tiba-tiba.
Aliff hanya terdiam dan segera menyimpan kad itu di lacinya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“You are everything, I waited for.”
Kad berhuruf ‘Y’ kali ini terus memberi senyuman yang tidak henti buat Aliff. Setiap hari dia akan menjadi penunggu kad-kad tersebut tanpa mengetahui siapakah pengirimnya. Hati Aliff asyik dibuai dengan ayat-ayat tersebut.
“Cantik kad. Siapa bagi?” sergah Anna.
Aliff sengaja membalas jeling. Pantas disembunyikan kad itu di dalam begnya.
“Sombong awak ni, maaflah fasal hari itu,” tutur Anna sambil berdiri berhadapan Aliff.
“Awak tak penat ke?” Aliff cuba berlembut kali ini.
“Tak!!!”perlahan Anna .
Aliff berkerut pelik.
“Awak pergilah ikut student lain. Saya penatlah hari-hari marah awak,” ujar Aliff lagi.
“Tak naklah! Digeleng kepalanya dengan senyuman manis.
Aliff hanya menunuduk menahan geram apabila mendengar jawapan Anna.
“Boleh tak sekali je dalam hidup saya, awak bagi saya peluang berbual dengan awak? Sekejap pun takpe sebab ia amat bermakna dan lepas ni saya janji saya takkan ganggu hidup awak lagi walaupun untuk sesaat,” Anna perlahan meminta.
Aliff terkedu dengan permintaan tersebut dan mengangguk perlahan.
“Terima kasih,” terseyum Anna mendapatkan duduknya.
“Kenapa awak benci saya ek? “ Anna memulakan perbualan mereka.
 “Saya tak cakap pun saya bencikan awak dan saya tak pernah benci orang,” balas Aliff.
“Memang awak tak bencikan sesiapa, tapi awak bencikan saya seorang , kan? Tapi takpe , saya tak kisah. Saya mintak maaf kalau selama ni saya buat awak menyampah dan rasa sakit hati. Saya mengaku saya sengaja buat macam tu sebab saya nak kenal rapat dengan awak,” tambah Anna menyuarakan rasanya.
“Beraninya awak mengaku macam ni,” terkejut Aliff mendengar. Terasa dirinya pengecut apabila dihadapkan dengan seorang gadis yang begitu berani meluahkan perasaannya kepada seorang lelaki.
“Sebab saya ikhlas, walaupun saya tahu keikhlasan seseorang itu boleh diukur dengan kata-kata,” Anna semakin yakin dengan tindakannya.
Aliff tersenyum dan buat pertama kalinya dia bersetuju dengan jawapan gadis itu.
“Awak suka saya?” soal Aliff.
Anna tersipu malu sebelum menjawab.
“Akhirnya awak nampak ,kan. Saya cuba untuk disayangi dan saya nampak awak dalam hati saya. Saya  nak rasa disayangi dan menyayangi seseorang. Sebab tu saya cuba cari seseorang yang boleh menjadi kajian saya,” sambung Anna jujur membuatkan Aliff tersentak.
“Bunyi macam kejam tapi saya tak sangka perasaan tu semakin lama semakin mendalam. Saya rasa saya tak boleh buang perasan tu dan saya sedar perasaan saya pada awak lebih daripada segalanya,” tambah Anna lagi.
Aliff berpura-pura mendengar dan berdiam tanpa mencelah walau sepatah.
Anna seakan faham ketidakselesaan Aliff dan bangun dari tempat duduknya.
“Terima kasih untuk peluang yang awak bagi. Saya janji tak akan wujud dalam hidup awal lagi kecuali perasaan untuk menyayangi awak,” tutur Anna penuh bermakna. Aliff tersentak lagi, dirinya bagai hambat sesuatu.
“Anna!” panggil aliff seraya menghentikan langkah gadis itu.
“Percayalah, ada seseorang yang akan menghargai diri awak walaupun orang itu bukan saya sebab awak berhak untuk disayangi dan dihargai.” Aliff memujuk sayu Anna .
“Terima kasih,” ucap Anna tersenyum unyuk kesekian kalinya dan berlalu pergi.
Aliff bagai tidak merelakan pemergian itu, namun dia hanya membiarkannya. Luahan kata kad ‘A’ hari ini benar-benar membuat Aliff rasa wujudnya sebuah perasaan sayang terhadap pengirim tersebut.
“awak buat saya rasa dihargai. Terima kasih.”
Aliff seperti pernah mendengar ayat tersebut. Aliff cuba mngagak dan meneka, namun bukan mudah untuk mencari pemiliknya. Aliff pasrah menungu sehingga kad itu tersusun huruf-hurufnya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Kehilangan Anna benar-benar mengganggu hari-hari Aliff. Hari-harinya sunyi tanpa mendengar suara gadis itu. Aliff duduk sendirian di bangku batu yang menjadi tempat terakhir dia dan Anna berbual panjang. Terngiang di telinganya setiap tutur lembut yang dibicarakan oleh Anna. Entah kenapa tiba-tiba dia merasa rindu kepada gadis tersebut.
“Anna mana?” Tanya Aliff kepada Yatt.
“Kau kan tak suka dia. Apasal kau cari dia pulak! “sinis Yatt berbicara. Nampak marah gadis tomboy itu membela rakannya. Yatt berlalu tanpa menjawab soalannya.
“no one can replace you in my heart…isya-allah.”
Bait-bait ayat dari kad yang kelima berhuruf ‘N’ yang diterima Aliff berjaya mengubati resahnya selepas dia binggung mencari jawapan ‘kehilangan’ Anna. Aliff tidak sabar menanti kad yang seterusnya yang mungkin akan menjawab setiap persoalan misteri kad tersebut.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aliff semakin biggung mencari jawapan pengirim kad-kad misteri yang diterimanya itu. Dia resah kerana lebih tiga minggu berlalu tetapi kad yang seterusnya tidak diterimanya lagi. Hampir setiap hari pintu locker dibukanya sehingga diperli oleh rakan-rakannya.
“Fariz, kau tahu tak siapa yang bagi aku kad-kad ni?”  soal Aliff kepada Fariz tiba-tiba.
“Gila aku tahu, memang taklah! Nama pun secret admirer bro, takkan dia nak mengaku,”  jawab Fariz seraya mematikan tanda tanya Aliff.
Keesokan paginya, aliff sengaja lewat hadir ke kuliah kerana masih memikirkan tentang kad dan misteri kehilangan Anna. Aliff membuka lockernya tanpa rasa teruja tidak seperti sebelumnya. Dia terkejut dengan kehadiran sebuah kotak yang sedikit besar dari kebiasaa yang.diterimanya. Aliff berdebar membuka dan akhirnya tekaanya tepat. Kad berhuruf ‘G’ kali ini menjawab sebuah perkataan yang disusun kemas oleh pengirimnya.
“S.A.Y.A.N.G”
Aliff tersenyum sebelum membace isi kad berhuruf ‘G’ itu.
“ get bored? I’m sorry for that.”
Dia membaca lagi baris ayat yang seterusnya…
“Saya minta maaf kerana buat awak bosan melayan kad-kad saya dan maafkan setiap perbuatan saya yang yang menyebabkan awak kurang senang. Saya ikhlas sayangkan awak dan keikhlasan ini tidak mampu diukur dengan tulisan ini tidak mampu diukur dengan tulisan mahupun kata-kata. Saya suka ikut awak sebab saya suka awak marah saya waktu tu saya rasa betul-betul dihargai dan terima kasih kerana membuat saya rasa diri ini layak untuk disayangi seseorang.”
Aliff terkesima membaca ayat tersebut. Persoalannya mula terjawab dengan sendiri.
” Adakah Anna  yang selama ini menjadi pengirim kad tersebut,” sayu Aliff memikirnya.
Dibukanya sebuah kotak kecil di dalam kotak besar tersebut. Tersusun gambar-gambarnya yang diambil oleh Anna tanpa disedarinya.
“Terima kasih untuk kenangan ini, saya kembalikan semula hak awak selepas saya puas berkongsinya tanpa pengetahuan awak. Maafkan saya.” Anna menulis di dalam sekeping kad menyertai gambar-gambar itu. Aliff semakin terharu dengan keikhlasan hati Anna terhadapnya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“Anna mana Yatt?” Tanya Aliff mengejutkan Yatt di kafe. Yatt diam tidak membalas.
“Tolong Yatt! Akuu merayu pada kau, mana Anna? Kalau kau nak aku sujud, aku buat Yatt. Janji kau beritu aku mana Anna.” Air matanya gugur merayu.
“Hospital”, jawab Yatt menahan sendu.
“Kenapa?” tersentak Aliff mendengar.
Yatt berjalan meninggalkan kafe sebelum menjawab soalan Aliff.
“Yatt! “ panggil Aliff terus mengekor langkah Yatt.
“Anna brain cancer,” jelas Yatt menutur dalam keterpaksaan. Terdiam Aliff dengan sebuah hakikat itu.
“Saya anak yatim piatu, saya tinggal dengan mak angkat yang tak pernah sayangkan saya. Bila saya masuk kolej inilah kali pertama sya rasa disayangi. Awak sayang saya, awak ambil berat pasal saya, terima kasih Yatt. Sekarang ni saya mula rasa sayangkan seseorang dan saya nak tahu macam mana rasanya kalau perasaan sayang saya dibalas.” Itulah yang pernah diberitahu Anna kepada Yatt sebelum mengetahui tentang derita yang ditanggung sahabatnya itu.
Aliff terpempam seketika. Barulah dia faham mengapa Anna tidak pernah penat menghabiskan masanya hanya untuk dimarahi. Rupa-rupanya, dengan cara iti barulah Anna merasai nikmat dirinya dihargai seseorang kerana hidupnya selama ini hanya mampu untuk menghargai dan menyayangi orang lain tanpa dibalas.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“Halalkan perasaan sayang saya pada awak,” pinta Anna terbaring lemah di atas katil. Aliff tersenyum mengangguk kepala. Cuba ditahan sepuasnya air matanya daripada keluar, namun dia belum cukup kuat untuk menafikan perasaan sedihnya itu.
“Saya suka awak,” tutur Aliff sambil memberi semangat kepada Anna.
Saharian menemani Anna di hospital memberi sebuah pengalaman yang amat bermakna. Aliff menemani malam Anna hanya membantalkan lengan dan terasa bahagia saat ucap kasih daripada Anna diterimanya. Dia pasrah dengan apa yang berlaku.
Ketentuan Allah SWT tiada siapa yang dapat menolaknya. Lewat 20 minit memisahkan mereka keesokan harinya. Aliff meninggalkan Anna yang ditemani Yatt dan Fariz untuk menunaikan solat Zuhur. Sekembalinya dari solat , dia menerima gelengan kepala Yatt bersama air mata. Fariz mengusap belakang Aliff memberi sedikit kekuatan. Perlahan-lahan dia menghampiri gadis yang mula disayangi itu. Direnung wajah mulus itu sambil ingatinya melayang mengingati kad-kad ungu yang disimpannya. Semuanya bakal menjadi satu kenangan setelah cintanya diselubung kemas dengan selimut putih.
“Cinta tidak pernah minta untuk dibalas, tetapi cukup jika pemilik cinta itu tahu untuk menghargainya”.


Dear Earthlings , Thanks read =]

 

Blog Designed By NurulFatin